Name : 501 Soal Jawab Tentang Haji & Umrah
code : 52103
Price : RM 29.00
501 Soal Jawab Tentang Haji & Umrah
Zulkifli Khair, Khair Abd Salam & Abdul Ghani Jalil
PTS Publication & Distribution Sdn Bhd
2/20, ISBN 978-983-192-366-5
0.30 kg, 231 Pages
Update catalog on Monday 17 November, 2008.
Version: Malay
Bagi kebanyakan orang, pengembaraan ke Baitullah adalah perjalanan sekali seumur hidup. Oleh sebab itu, kesempatan menunaikan Rukun Islam yang kelima ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Justeru, bagi mendapat haji dan umrah yang mabrur, persediaan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah ini perlu dititikberatkan oleh setiap insan yang bakal menjadi tetamu istimewa di sisi Allah.
Buku 501 Soal Jawab tentang Haji dan Umrah ini hadir bagi merungkai persoalan-persoalan asas yang sering membelenggu jemaah haji dan umrah. Jawapan-jawapan yang dikemukakan adalah mudah, ringkas dan padat.
Turut disertakan dengan gambar rajah bagi memudahkan pemahaman pembaca. Antara topik-topik yang dimuatkan adalah :
- Perkara rukun dan wajib dalam haji dan umrah
- Masalah haji bagi wanita, kanak-kanak dan orang tua.
- Haji Badal
- Khurafat
Mahu pergi haji pada usia muda?
- Belum bersedia
- Tidak cukup wang
- Usia masih muda
- Belum puas enjoy!
- Haji untuk orang tua sahaja
Ini adalah antara alasan-alasan yang sering diberikan oleh orang muda, seolah-olah haji adalah suatu yang sukar, menakutkan dan khusus kepada orang tua.
Buku ini menafikan alasan-alasan di atas. Haji Muda adalah travelog seorang insan yang menyahut seruan haji pada usia muda. Bku ini bukan sahaja merakamkan rasa kesyukuran dan keinsafan penulis semasa di Tanah Suci, malah beliau turut berkongsi panduan dan tip pengurusan diri, kewangan dan hubungan social untuk bakal tetamu Allah.
Ikuti catatan penulis yang membuktikan haji orang muda adalah suatu pengalaman yang menarik!
0 comments
Post a Comment