Dari Beirut Ke Jerusalem 52119

Posted by Posted by darkgreenz On 02:21

Name : Dari Beirut Ke Jerusalem
code : 52119
Price : RM 38.00






Dari Beirut Ke Jerusalem
Dr Ang Swee Chai
Unit Buku Harakah
2008, ISBN 978-983-3172-29-0
0.51 kg, 403 Pages
Update catalog on Monday 19 January, 2009.



Version: Malay
Menulis buku ini bukan mudah. Ia menuntut saya mengimbau kembali pengalaman selama enam tahun, sekaligus menghidupkan kembali kenangan yang amat memedihkan dan membuka semula luka-luka lama. Saya amat berterima kasih kepada Steve Savage kerana kesabaran, sokongan dan dorongan beliau, selain cadangan penyuntingannya.Tanpa beliau, buku ini tidak mungkin boleh dibaca. Terima kasih juga kepada kakitangan Grafton Books yang lain (bagi edisi bahasa Inggeris).

Seperti para sukarelawan, penyokong dan kakitangan MAP yang disebut nama mereka dalam buku ini, saya juga terhutang budi kepada mereka yang tidak disebut namanya-sama ada atas sebab-sebab keselamatan atau atas kehendak mereka sendiri maupun kerana ketiadaan ruang. Mereka adalah rakan sebenar rakyat Palestin. Mereka jugalah yang telah berkorban dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program bantuan perubatan ini.

Kepada ahli lembaga pengarah MAP yang terpaksa melayan kerenah saya sejak awal lagi, terutama Major Derek Cooper, Presiden kami;isteri beliau, Lady Pamela, David Wolton, Pengerusi kami, Dr Riyad Kreishi, Pemangku Pengarah MAP semasa ketiadaan Dr Rafiq Husseini-saya merakamkan rasa terima kasih atas tunjuk ajar dan sumbangan besar mereka dalam membantu saya memahami.

Orang Palestin sentiasa mahu berterima kasih kepada rakan-rakan mereka. Di sini saya mahu berterima kasih kepada mereka kerana sentiasa tabah dan kerana terus menjadi sumber inspirasi saya,terutama pada saat-saat yang paling getir. Terima kasih juga kepada PBSMP atas tunjuk ajar yang diberikan dan kerana menjadikan saya seorang doktor dan manusia yang lebih baik.

Terima kasih kepada rakan-rakan beragama Yahudi yang sentiasa mendorong saya supaya terus bersuara dan tidak takut. Saya turut berterima kasih kepada ibu-bapa dan keluarga di Singapura, yang tidak saya lawati selama beberapa tahun,kerana kesabaran dan kemaafan mereka.

Kepada suami saya, Francis Khoo tiga kali terima kasih. Pertama,bagi usaha berterusannya melahirkan MAP. Kedua, atas nasihat dan kritik beliau ketika saya menulis buku ini. Ketiga, kerana terus menyokong saya walaupun saya telah mengakibatkan kerunsingan yang amat sangat pada dirinya ketika berada di Beirut.




1 Comment

  1. Jgs3100 Said,

    masih boleh beli lg ke buku ni?

    Posted on 27 March 2012 at 23:46

     

Post a Comment